DEFINISI
Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan
kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran
tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir
bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda
untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Dapatlah dirumuskan bahawa:
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan
dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang
dialami
TUJUAN
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
- mendapat
latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak
- mengaplikasikan
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama
ada di dalam atau di luar sekolah
- menghasilkan
idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
- mengatasi
kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
- meningkatkan
aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
- bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Apakah komponen
utama kemahiran berfikir (KB)?
Komponen
utama KBKK:
- Berfikir secara kritis,
- Berfikir secara kreatif.
Apakah kemahiran
berfikir secara kritis?
KB secara kritis
ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan
dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar
dengan menggunakan alasan dan bukti.
Apakah
kemahiran berfikir secara kreatif?
Kecekapan
menggunakan minda untuk:
- menjana dan menghasilkan idea,
- mencipta sesuatu yang baru, asli, luar
biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud,
abstrak, idea atau gagasan.
- menerokai dan mencari makna ,
pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
Apakah
contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen
itu?
Contoh-contoh kemahiran
berfikir secara kritis:
- membanding dan membeza:
- membuat kategori,
- meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan.
- menerangkan sebab.
- membuat sekuen / urutan.
- menentukan sumber yang dipercayai,
- membuat ramalan,
- mengusul periksa andaian,
- membuat inferens
Tiada ulasan:
Catat Ulasan